Rezkinomik | MEMAHAMI KATEGORI BARANGAN RIBAWI DAN KAITAN DENGAN RIBA

Ditakdirkan memasuki ke dalam Wilayah Halalan Toyibban TANPA mengetahui apakah itu jenis barangan Ribawi tempatan. Pasti akan menyulitkan usaha untuk memahami pengkelasan kategori Riba serta impaknya kepada masyarakat.

Berasaskan rujukkan hadis di atas, terdapat 6 barangan disebutkan yang mana dianggap sebagai barangan ribawi. Rasulullah SAW tegas melarang sebarang urusniaga jual beli Emas dengan emas, Perak dengan perak, Gandum dengan gandum, Barli dengan barli, Kurma dengan kurma, Garam dengan garam KECUALI jika dengan timbangan yang SAMA dan secara TUNAI, barangsiapa melebihkan (antara dua jenis yang sama), maka dia telah melakukan Riba.

Keenam barangan ini membentuk Barangan Ribawi yang terpakai di keseluruhan negara Islam. Para Fuqaha, yakni orang yang memahami tentang ilmu Fiqh, iaitu aturan dan tuntutan syariat Islam, ketika membahaskan tentang sebab 6 perkara ini menjadi barangan Ribawi telah berbeza pendapat.

1. Mazhab Syafie, illah  Emas dan Perak ialah pengukur nilai yang utama dalam masyarakat, selain dari Matawang. Bagi 4 item lain, merujuk semua jenis makanan asasi tempatan sama ada boleh ditimbang atau boleh tidak ditimbang. Justeru, mengikut mazhab Syafi'i Gula boleh dikiaskan dengan garam sebagai barangan Ribawi.


2. Mazhab Maliki, illah hukum bagi Emas dan Perak ialah Matawang. Manakala 4 barangan lain itu pula illahnya ialah merujuk makanan yang boleh disimpan lama. Yang tidak boleh disimpan seperti sayuran, roti, donut atau kuih muih. 
Gula ialah makanan yang boleh disimpan lama, maka ia tertakluk sebagai Ribawi;


3. Mazhab Hanafi, simple, semua barangan yang boleh ditimbang atau disukat. Semuanya ada illah Ribawi. Jualan Gula perlu ditimbang, maka ia Ribawi. Mana ada orang menjual gula secara longgok;


4. Mazhab Hanbali banyak pendapat dalam mazhab ini, tetapi  amnya ada yang sama dengan Syafie atau sama dengan Hanbali. Maka Gula turut dianggap Ribawi.


Oleh sebab pendedahan kita tentang isu Fiqh dalam Muamalat tidak bermula sejak dari kecil lagi. Maka berlaku salah faham dan salah tanggapan yang membentuk pola pemikiran kita hingga dewasa.


Ayat-ayat nostalgia seperti “Pinjam Pemadam, Pinjam Pencil, Pinjam Magic Ink” seterusnya bersambung menjadi “Pinjam Basikal, Pinjam Motosikal, Pinjam Kereta”. Sesekali terbit juga ungkapan lunak seperti “Pinjam Tandas, Pinjam Kredit Top Up” dan sebagainya. Kecuali Kredit Top Up yang ada sumber nilaian seperti matawang, subjek istilah-istilah nostalgia di atas tiada satu pun tersenarai dalam barangan Ribawi.


Oleh itu, jom kita pakat perbetulkan dahulu kesilapan ungkapan Pinjam yang digandingkan dengan barangan BUKAN Ribawi! Sebagai gantinya kita lestarikan istilah SEWA atau minta izin GUNA sahaja. Kelak nanti nak pulangkan Tandas kembali akan menyusahkan diri sendiri.


In’Sha Allah dengan kefahaman baru ini, barulah kita mudah mengenalpasti APAKAH SUBJEK RIBA yang ditawarkan kepada kita. Sering kali Riba ini akan terselindung dalam istilah biasa-biasa serta berbunyi Islamik seperti Kredit Pra-Bayaran, Agihan Hibbah, dan sebagainya.


Comments