REZKINOMIK | KONSEP REZEKI DALAM ISLAM

 

''Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata, 'Wahai Maryam, dari mana kau memperoleh (makanan) ini?' Maryam menjawab, 'Makanan itu dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab'.'' (QS Ali 'Imran: 37).

Konsep Rezeki

Konsep rezeki dalam surah Al Imran, Maryam selalu tinggal di mihrab tempat ibadah. Dia beribadah kepada Allah, senantiasa melakukan i’tikaf di sana, dan nyaris tidak pernah keluar dari tempat itu. Nabi Zakariyya senantiasa memeriksa keadaanya dan mengunjunginya di mihrab, lalu Nabi Zakariyya mendapati seseuatu yang aneh di sana, setiap kali iya berkunjung, selalu ia dapati makanan di dekat Maryam. Saat ditanya jawapan Maryam begitu mengguncangkan hati Nabi Zakariyya, Maryam menjawab, “makanan itu berasal dari hadapan Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab” (Ali ‘Imran: 37).

Makna rezeki dalam al-Quran sebahagian besar dijelaskan dengan menggunakan perkataan رزق yang mempunyai erti memberi rezeki atau memberikan kebaikan. Untuk perkataan رزق sendiri, disebutkan dalam al-Quran sebanyak 123 kali yang terdapat dalam 44 surah dengan pelbagai derivasi.

Buya Hamka menjelaskan konsep rezeki:

Rezeki itu bukan bermakna bila kau dapat apa yang kau inginkan. Tetapi bila kau terima dan redha dengan apa yang Allah S.W.T berikan kepadamu.

Kau belajar tentang sirah dan tahu Mariam tidak berkahwin tetapi mendapat anak. Itu Rezeki dia. Kau lihat pula sirah Aishah, kahwin tetapi tidak mendapat anak. Itu pula Rezeki dia.

Sesungguhnya, Rezeki masing-masing tidak sama. Ada baik dan buruknya.

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak-anak, bermakna ada tanggungjawab. Mudah dapat pahala dan mudah juga mendapat dosa.

Yang tidak bertemu jodoh, yang tidak dikurniakan zuriat pun satu Rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko menjawab depan Allah S.W.T kelak.

Jadi sebelum kau mengeluh tentang itu ini, kau fahami dahulu apa itu Rezeki. Ada tidak semestinya untung dan tiada tidak semestinya rugi.

Kau perolehi apa yang kau mahu tidak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tidak dapat apa yang kau mahu, tidak semestinya kau tidak boleh bahagia.

Takdir Allah S.W.T ini misteri sifatnya. Mungkin air mata redha yang kau titiskan dalam mengharung kepayahan itulah yang akan menghanyutkan kau ke Syurga.

Oleh itu, ingatlah sentiasa dan bertaqwalah. Rezeki itu bukan bermakna kau dapat apa yang kau mahu. Tetapi, bila kau terima (redha) apa yang Allah S.W.T berikan.

Kau akan bahagia jika kau ikhlas menerimanya. Percaya dan terimalah. Berusaha dan bertawakal. Redhalah pada apa yang ada dan apa yang kita dapat dan nikmati hari ini.

Bersyukurlah agar kita menjadi orang yang terhindar dari sifat angkuh dan sombong. Moga juga kita terhindar dari orang yang rugi dan ditipu serta lalai.
- Ustaz Shauqi Othman

Apa juga persepsi kita terhadap rezeki Tuhan, sebaiknya kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa bersangka baik kepada Tuhan di dalam bab kurniaan rezeki kerana Tuhan telah tetapkan kurniaan rezeki setiap makhluknya yang melata di bumi ini. Tidak terkecuali kita sebagai manusia.

"Yang sudah ditentukan untuk orang lain, tidak akan sampai kepada kita. Yang sudah ditentukan untuk kita, tidak akan sampai kepada orang lain."
- Habib Ali Zaenal

 

Tuhan telah menetapkan rezeki setiap makhluknya yang melata.

Namun, adakah anda benar-benar faham konsep rezeki yang telah Tuhan tentukan? Baca dan fahami perkongsian ini.

Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.
- Liyana Akmal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Byond Success Sdn Bhd.

- Himpunan artikel, rencana dan petikan-petikan dari pelbagai sumber yang dipercayai.

Comments