1. Pemuda gua (al-kahf).
2. Pemilik kebun dan rakannya.
3. Nabi Musa AS & Nabi Khidir AS.
4. Zulqarnain.
FITNAH AKHIR ZAMAN
Ramai tahu perkara ni, ramai ustaz samada dalam ceramah di masjid atau surau membawa ceramah mereka, di media sosial juga banyak posting berkenaan hal FITNAH akhir zaman tapi ramai kita masih tak dapat nak kaitannya dengan dajjal!
Rezkinomik dapat artikel ini dari salah satu grup wasap. Artikel yang bagus dan wajar dipanjangkan ke blog ini kerana sebahagian besarnya adalah berkaitan apa itu Rezkinomik!
Sebenarnya setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:
- Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman.
- Pemilik kebun - Fitnah harta, boleh dikatakan sebagai fitnah rezeki dan ekonomi.
- Nabi Musa & Nabi Khidir - Fitnah ilmu.
- Zulqarnain - Fitnah kekuasaan.
- Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman.
- Pemilik kebun - Fitnah harta, boleh dikatakan sebagai fitnah rezeki dan ekonomi.
- Nabi Musa & Nabi Khidir - Fitnah ilmu.
- Zulqarnain - Fitnah kekuasaan.
Empat fitnah ni jugalah yang Dajjal akan bawa atau gunakan di akhir zaman nanti!
Dah mula nampak perkaitan surah al Kahfi dengan dajjal?
Di sinilah relevannya baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga!
Bagaimana?
Fitnah aqidah -
bersahabatlah dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.
Fitnah harta -
mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat.
Fitnah ilmu -
kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang Rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidir AS.
Fitnah kekuasaan -
Kena tawadhu' & ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan diri bahawa kekuasaannya dari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.
Tema utama surah ini ialah DAKWAH!
Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada ALLAH? Bukankah itu dakwah?
Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?
Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah.
Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita & orang ramai dari fitnah-fitnah ini.
Aslih nafsak, wad'u ghairak!
Fitnah dajjal ada empat iaitu fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.
Bagaimana?
Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati apa semua.
Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.
Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.
Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa AS turun membunuhnya).
Kalaulah baca & amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah lain!
Maka marilah kita istiqamah & beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari atau hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!
Hanya ALLAH maha mengetahui setiap sesuatu kejadian.
SURAH AL KAHFI
(Hadith)
- Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit.
- Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal.
InsyaaAllah, surah al Kahfi ini akan menjadi modul utama Siri Jelajah Rezkinomik.
#alkahfi #alquran #rezeki #ekonomi #fitnah #dajjal #akhirzaman
Comments
Post a Comment